📝 Apa Benda Sebenarnya Blog Ni ?
Cuba Run Sekali Lagi ialah blog untuk korang yang nak belajar dunia coding, framework PHP, dan ICT secara santai, mudah faham, dan tak terlalu nerd.
Kami tak ajar guna jargon pelik macam "asynchronous polymorphic abstraction layer of doom" 😵. Sebaliknya, kami tulis macam korang tengah lepak kat warung — dengan teh ais, mee goreng, dan satu laptop yang tengah error.
Kenapa blog ni wujud?
- Semua orang boleh belajar.
- Semua orang pernah rasa nak campak laptop bila sistem tak jalan.
- Tapi dengan gaya yang relaks, ilmu jadi lebih senang masuk.
👨💻 Siapa Penulis ?
Seorang abang IT dari dunia realiti, yang dah biasa tengok error pelik-pelik dan dah berbelas tahun berdoa depan terminal. Sekarang nak kongsi ilmu supaya korang tak ulang kesilapan sama.
"Kalau tak jadi, cuba run sekali lagi. Kalau masih tak jadi, restart komputer. Kalau masih tak jadi... makan dulu."
📚 Apa Yang Kau Akan Jumpa Kat Sini ?
- Tutorial Laravel & CodeIgniter
- Setup tools macam Laragon, Git, VS Code
- Panduan coding untuk orang awam
- Penulisan lawak-lawak sikit, sebab hidup dah cukup serius
Kalau kau:
- Baru nak mula belajar
- Tengah buat projek akhir tahun
- Nak faham apa itu route, controller, dan .env
- Atau tengah kecewa sebab projek kau crash time present...
Sini tempat kau. Tempat aku. Tempat kita. Sama-sama tekan "Run" sekali lagi.