Tanda Pagar #mediasosial

Medsos vs Laman Web

Abad ke-21 memperlihatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu bidang yang amat penting dan mempengaruhi sebahagian besar hidup kita. Masih ingat lagi, 20 tahun dulu, sekitar akhir 1990an, manusia bertukar-tukar maklumat menggunakan sms, mel elektronik dan yang paling hangat MIRC. Kemudian, kaedah berkomunikasi semakin canggih dengan kehadiran Yahoo Group, Yahoo Mesenger, forum/board elektronik dan berevolusi kepada era media sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan lain-lain. Hari ini, media sosial menjadi sangat penting, bukan sekadar berkomunikasi, bahkan menjadi platform yang kumayan untuk menjana wang. Maka timbullah satu persoalan....... perlukah lagi laman web sedangkan sudah ada platform media sosial ? Peranan sama tetapi berbeza Persamaan kedua-duanya adalah fungsi dan peranannya menyampaikan maklumat. Perbezaannya adalah, jenis dan format maklumat yang nak disampaikan. Seperti namanya, platform media sosial berperanan untuk bersosial atau berkomunikasi secara dua hala dan kebiasaannya dalam jangkamasa pendek. Contohnya, anda seorang peniaga dan ingin membuat satu promosi. Maka media sosial adalah platform yang paling sesuai. Laman web pula berfungsi untuk memberi maklumat dalam jangkamasa panjang dan kebiasaannya adalah komunikasi satu hala. Contohnya, sebagai peniaga boleh menggunakan laman web untuk memaparkan profil perniagaan, siapa diri anda, apa perniagaan anda dan lain-lain. Dengan adanya laman web, anda tidak perlu menerangkan atau menghebahkan sesuatu maklumat berulang-ulang kali. Prospek anda atau sesiapa sahaja yang inginkan maklumat daripada anda boleh merujuk dan membaca laman web anda. Takkan lah semua nak 'PM tepi' kan ? Kelebihan media sosial ia lebih mudah dikendali dan mudah diperolehi. Contohnya nak guna WhatsApp. Muat turun, daftar dan boleh terus guna. Proses tak sampai 10 minit. Kekurangan media sosial adalah perlukan komitmen yang tinggi. Yelah dah namapun media sosial takkan lah kurang bersosial pulak kan ? Selain itu, kita terikat dengan polisi dan kehendak pemilik media sosial tersebut. Mereka boleh banned atau tutup akaun media sosial kita. Mereka boleh letak syarat sesuka hati mereka walaupun kita tak suka syarat tersebut. Kelebihan laman web adalah anda tak perlu komitmen bersosial (sebab ia bukan platform bersosial). Kita juga tidak terikat dengan sesiapa kerana kita adalah pemilik laman web kita sendiri. Kita bebas untuk buat apa sahaja terhadap laman web kita dan kita yang menentukan kandungan laman web kita sendiri selagi mana tidak bercanggah dan bertentangan dengan undang2 agama dan negara. Kekurangan laman web adalah, nak menghasilkannya bukan kerja 10 minit. Perlukan masa, tenaga dan wang ringgit tetapi berbaloi lah dengan apa yang kita inginkan. Jadi, yang mana satu lebih baik ? Kenapa nak pilih salah satu sedangkan anda boleh memiliki kedua-duanya     

Penulis Blog

Salam, nama saya
Faezil Aidil

Seorang Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang IT selama 18 tahun.

Hantaran Terkini

Komen Terkini