Tanda Pagar #laravel

Perubahan faezil.com.my

Rasanya macam dah lama tak ubah rekaletak dan rekabentuk laman web saya. Bak kata adik saya, Faris Adli, asal buka je mesti tukar rupa. Biasa la. Asal apat ilmu baru je mesti berubah, kan ? Perubahan kerangka kerja Kali ini sebenarnya bukan sekadar perubahan rekabentuk, bahkan juga saya telah menukar kerangka kerja. Setelah hampir 10 tahun saya menggunakan kerangka kerja CakePHP, kali ini saya berjinak-jinak dengan kerangka kerja yang sedang hangat di pasaran, Laravel. Sebelum ini saya pernah menggunakan sistem pengurusan kandungan seperti Joomla, Wordpress, PHP-Nuke dalam laman web saya. Sebenarnya saya dah lama nak mencuba menggunakan Laravel, tetapi tersangkut hanya mampu pasang je. Gagal ke langkah seterusnya kerana kekurangan ilmu. Terkial-kial lah cari ilmu sendiri tapi tak faham-faham sebab tiada siapa nak ajar. Tetapi alhamdulillah terima kasih kepada Faris Adli yang telah memperkenalkan Kelas Programming anjuran Cikgu Iszuddin Ismail. Terima kasih kepada Cikgu Iszuddin Ismail      Oleh kerana saya sudah mempunyai asas pengaturcaraan PHP dan juga pernah menggunakan kerangka kerja CakePHP sedikit sebanyak membantu saya memahami dan menangkap apa yang diajar oleh Cikgu Iszuddin. Perubahan rekaletak dan gaya persembahan Jika sebelum ini, laman saya lebih berteraskan blog sebagai kandungan utama, tetapi kali ini saya mengetengahkan maklumat mengenai diri saya sebagai subjek utama. Sepertimana yang anda lihat di hadapan laman ini adalah perihal mengenai diri saya. Walau bagaimana pun modul blog tetap lah dikekalkan. Kalau takde modul blog, kat mana lah saya nak luahkan coretkan isi hati ni kan. Nota Kaki Rekaletak - layout Rekabentuk - design Kerangka Kerja - Framework Sistem Pengurusan Kandungan - Content Management System (CMS)