Suntikan vaksin pertama

Coretan Hidup

Menerima suntikan vaksin dos pertama astrazeneca

01 Aug 2021 08:52 PM

Alhamdulillah saya telah menerima suntikan vaksin dos pertama pada hari khamis minggu lepas, 29 Julai 2021. Saya mendapat makluman mengenai tarikh vaksin tersebut sehari sebelum kejadian melalui sistem khidmat pesanan ringkas

Merujuk kepada aplikasi MySejahtera, tempat vaksin saya adalah di Persada Johor pada pukul 12.30 tengah hari. OK tiada masalah kerana pada hari tersebut adalah giliran saya hadir ke pejabat dan Pesada Johor tidak jauh dari tempat kerja saya. Rakan sekerja saya, Mizi dan Al juga dapat giliran vaksin pada waktu dan tempat yang sama. Bagus lah, ada geng nonono.

Pada hari kejadian, saya pergi ke pejabat seperti biasa. Rupa-rupanya hampir seluruh rakan sepejabat mendapat giliran vaksin pada hari tersebut. OK lagi bagus, Lagi ramai geng.

Saya dimaklumkan tak perlu terikat dengan waktu yang tertera asalkan pada hari yang sama. Tapi jangan lah pulak pergi last minit masa PPV dah nak tutup. 

Saya pergi bersama Mizi dari pejabat lebih kurang pukul 1 tengah hari. Agak ramai orang di sana tetapi tidak lah berasak kerana Dewan Persada Johor berkapasiti besar. Proses pun tak lama tak sampai 1 jam pun.

Alhamdulillah selepas vaksin pertama, saya tidak mengalami sebarang simpton. Cuma lengan yang disuntik rasa lenguh2 je la. Harap2 vaksin kedua nanti pun OK jugak.

Apa Komen Anda

  • E-mail anda hanya digunakan untuk pengintegrasian bersama Gravatar.com, tidak akan dipaparkan, dihebahkan, atau dijual kepada pihak ketiga
  • Dilarang komen yang menyentuh sensiviti mana-mana agama, bangsa dan negara.
  • Dilarang melakukan spam, beriklan dan komen di luar tajuk