Perniagaan Baru

Perniagaan

Kelahiran semula Faezil Technologies Enterprise

29 Jun 2021 04:18 PM

Alhamdulillah saya berjaya daftar SSM perniagaan Faezil Technologies Enterprise dengan no pendaftaran 3292942-H.

Sebenarnya dulu saya pernah mendaftar perniagaan dengan nama Faezil Technology Enterprise zaman-zaman ketika saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan Internet. Tapi saya tidak memperbaharuinya kerana saya memulakan perniagaan bersama rakan saya dengan nama lain ketika itu.

Pendaftaran dilakukan secara atas talian sepenuhnya melalui laman web ezbiz SSM bermula dengan pendaftaran nama, pembayaran sehinggalah kelulusan memandangkan sepanjang PKP dan PPN kebanyakan urusan dibuat secara atas talian.

Di bawah Faezil Technologies Enterprise (FTE) mengandungi 3 bisnes utama

1. FTE Host

Menawarkan perkhidmatan melanggan domain dan hosting untuk laman web anda. Saya juga menawarkan perkhidmatan membina laman web termasuk laman web jualan dan e-dagang.

2. FTE Printing

Jika anda tercari-cari hadiah dan cenderamata yang unik, maka saya menawarkan perkhidmatan mencetak rekaan anda sendiri di mug, kusyen, beg dan lain-lain. Anda boleh menghadiahkan mug kepada insan tersayang yang mengandungi wajah mereka atau boleh dijadikan hadiah korporat yang mengandungi logo syarikat anda

3. FTE Health & Fitness

Menjadi ejen berdaftar produk stevia berjenama Nutrivx

Apa Komen Anda

  • E-mail anda hanya digunakan untuk pengintegrasian bersama Gravatar.com, tidak akan dipaparkan, dihebahkan, atau dijual kepada pihak ketiga
  • Dilarang komen yang menyentuh sensiviti mana-mana agama, bangsa dan negara.
  • Dilarang melakukan spam, beriklan dan komen di luar tajuk