Kategori : Coretan Peribadi

Selamat Datang

Alhamdulillah akhirnya laman saya kembali seperti sediakala setelah tergendala akibat masalah teknikal yang berlaku di dalam serverMujur saya sempat membuat salinan skrip laman saya. Kalau tak memang kena buat balik .Tapi saya tidak dapat menyelamatkan database. Habis hilang semua hantaran saya dalam blog ini. Nampaknya kena lah tulis semula (saya cuma reti buat blog, tulis blog tak reti )Insya Allah dalam blog saya ini, saya akan berkongsi pelbagai perkara terutama mengenai pembinaan laman web.

Medsos vs Laman Web

Abad ke-21 memperlihatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi menjadi satu bidang yang amat penting dan mempengaruhi sebahagian besar hidup kita. Masih ingat lagi, 20 tahun dulu, sekitar akhir 1990an, manusia bertukar-tukar maklumat menggunakan sms, mel elektronik dan yang paling hangat MIRC. Kemudian, kaedah berkomunikasi semakin canggih dengan kehadiran Yahoo Group, Yahoo Mesenger, forum/board elektronik dan berevolusi kepada era media sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan lain-lain. Hari ini, media sosial menjadi sangat penting, bukan sekadar berkomunikasi, bahkan menjadi platform yang kumayan untuk menjana wang. Maka timbullah satu persoalan....... perlukah lagi laman web sedangkan sudah ada platform media sosial ? Peranan sama tetapi berbeza Persamaan kedua-duanya adalah fungsi dan peranannya menyampaikan maklumat. Perbezaannya adalah, jenis dan format maklumat yang nak disampaikan. Seperti namanya, platform media sosial berperanan untuk bersosial atau berkomunikasi secara dua hala dan kebiasaannya dalam jangkamasa pendek. Contohnya, anda seorang peniaga dan ingin membuat satu promosi. Maka media sosial adalah platform yang paling sesuai. Laman web pula berfungsi untuk memberi maklumat dalam jangkamasa panjang dan kebiasaannya adalah komunikasi satu hala. Contohnya, sebagai peniaga boleh menggunakan laman web untuk memaparkan profil perniagaan, siapa diri anda, apa perniagaan anda dan lain-lain. Dengan adanya laman web, anda tidak perlu menerangkan atau menghebahkan sesuatu maklumat berulang-ulang kali. Prospek anda atau sesiapa sahaja yang inginkan maklumat daripada anda boleh merujuk dan membaca laman web anda. Takkan lah semua nak 'PM tepi' kan ? Kelebihan media sosial ia lebih mudah dikendali dan mudah diperolehi. Contohnya nak guna WhatsApp. Muat turun, daftar dan boleh terus guna. Proses tak sampai 10 minit. Kekurangan media sosial adalah perlukan komitmen yang tinggi. Yelah dah namapun media sosial takkan lah kurang bersosial pulak kan ? Selain itu, kita terikat dengan polisi dan kehendak pemilik media sosial tersebut. Mereka boleh banned atau tutup akaun media sosial kita. Mereka boleh letak syarat sesuka hati mereka walaupun kita tak suka syarat tersebut. Kelebihan laman web adalah anda tak perlu komitmen bersosial (sebab ia bukan platform bersosial). Kita juga tidak terikat dengan sesiapa kerana kita adalah pemilik laman web kita sendiri. Kita bebas untuk buat apa sahaja terhadap laman web kita dan kita yang menentukan kandungan laman web kita sendiri selagi mana tidak bercanggah dan bertentangan dengan undang2 agama dan negara. Kekurangan laman web adalah, nak menghasilkannya bukan kerja 10 minit. Perlukan masa, tenaga dan wang ringgit tetapi berbaloi lah dengan apa yang kita inginkan. Jadi, yang mana satu lebih baik ? Kenapa nak pilih salah satu sedangkan anda boleh memiliki kedua-duanya     

Kekal Manis Tanpa Gula

Kekal manis tanpa gula ? Macam mana tu ? Bukan ke kalau nak manis memang kena letak gula ? Manis dan gula sememangnya sudah sebati dalam hidup kita. Apetah lagi sebagai rakyat Malaysia. Pagi-pagi dah layan teh tarik yang semangnya terkenal dengan kemanisan yang sangat tinggi. Tengah hari pula layan sirap bandung soda, air coke dan bermacam-macam lagi minuman yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.Hasilnya, statistik pengidap kencing manis di negara kita menjadi sangat tinggi. Nak elak kencing manis, kena tinggalkan gula. Tapi kalau tinggalkan gula, hilang lah kemanisan. Boleh hidup dengan hanya minum air tawar ? Saya tak sanggup..heheheheMaka apakah caranya untuk kita meninggalkan gula untuk hidup yang lebih sihat tetapi pada masa yang sama kekal menikmati kemanisan ?Jawapannya..... gunalah stevia sebagai pemanis Apa itu Stevia ?Stevia merupakan sejenis daun yang mempunyai tahap kemanisan 300-400 kali ganda daripada gula pasirTerdapat banyak pemanis berasaskan stevia di pasaran. Saya sudah menggunakan pelbagai jenama pemanis stevia dan kebanyakannya mempunyai persamaan iaitu mempunyai rasa manis bercampur payau.Percayakah anda kalau saya bagitau wujudnya pemanis stevia semulajadi yang tidak mempunyai rasa payau kerana mempunyai perasa buah-buahan.

Penulis Blog

Salam, nama saya
Faezil Aidil

Seorang Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang IT selama 18 tahun.

Hantaran Terkini

Komen Terkini