Senarai Blog

Salam Hari Kebangsaan ke-64

Tahun ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-64. Tepat jam 12 tengah malam tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada jajahan British. Malaysia terdiri daripada 4 Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang) 5 Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor) Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura, Melaka) Wilayah Sabah Wilayah Sarawak Wilayah Persekutuan Negeri-negeri Melayu (Bersekutu dan Tidak Bersekutu) telah bergabung membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948. Kemudian Wilayah Sabah, Sarawak dan Negeri Selat menyertai persekutuan tanah melayu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.Singapura keluar daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara berdaulat pada 9 Ogos 1965. Berikut adalah serba sedikit sejarah tentang asal usul negeri-negeri melayu.  1. Perlis  Asalnya adalah sebahagian daripada kawasan Kerajaan lama Kedah dan kemudiannya di bawah Kerajaan Siam. Bemula menjadi sebuah negeri berdaulat pada 1843. Kerajaan Siam telah menaiktaraf Perlis menjadi sebuah negeri dan melantik Syed Hussein sebagai Raja Perlis yang pertama dengan gelaran Raja Syed Hussien Jamalullail 2. Kedah Sultan Kedah yang pertama adalah Seri Paduka Maharaja Derbar Raja II / Phra Ong Maha Wangsa atau nama Islamnya Sultan Muzaffar Shah I, menjadi Sultan Kedah pada tahun 1136 3. Kelantan Kesultanan Melayu Kelantan bermula pada tahun 1763 dengan Long Yunus sebagai Raja Kelantan yang pertama. 4. Terengganu Kesultanan Melayu Terengganu bermula pada tahun 1708 diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin ibn Tun Habib Abdul Majid. Tun Habib Abdul Majid merupakan bendahara Johor dan Terengganu ketika itu dibawah pemerintahan Kesultanan Johor 5. Johor Johor wujud sejak tahun 801, dengan nama Tanjung Puteri. Menjadi wilayah tanggungan Majapahit pada abad ke-14 dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada Kesultanan Melaka. Pada tahun 1511, Portugis telah menawan kota Melaka, menyebabkan Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bintan, Johor. Pada tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah I mengasaskan Kesultanan Johor. Sultan Johor yang ke-10, Sultan Mahmud Shah II merupakan Sultan Johor terakhir dari keturunan Sultan Melaka. Ini berikutan Sultan Mahmud mangkat tanpa memperolehi zuriat dan adat Melayu Lama menegaskan bahawa keturunan Bendahara boleh naik takhta kalau raja mangkat tanpa waris, iaitu setelah diputuskan oleh jemaah pangkuan [email protected] Ahl al-Hal Wa al-'Aqd. Justeru itu Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor, Sultan Abdul Jalil IV. Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim ibn Almarhum Sultan Iskandar yang dikatakan berketurunan Temenggung iaitu Temenggung Daeng Ibrahim dan Sultan Abu Bakar menjadi sultan pertama dari keturunan temenggung. Namun begitu, Temenggung Daeng Ibrahim sebenarnya adalah keturunan Sultan Abdul Jalil IV. Tun Habib Abdul Majid dan Bendahara Tun Abbas pernah menjadi Raja Bendahara Pahang ketika Pahang di bawah jajahan takluk Johor. Daripada Tun Abbas, membentuk Kesultanan Pahang. Anak Tun Habib Abdul Majid, Sultan Zainal Abidin membentuk Kesultanan Terengganu 6. Perak Kesultanan Melayu Perak bermula pada tahun 1528 diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah I, putera kepada Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah 7. Selangor Kesultanan Melayu Selangor bermula pada tahun 1743 diasaskan oleh Raja Lumu putera Daeng Chelak. Daeng Chelak merupakan salah satu dari Lima Putera Bugis Bersaudara.  8. Negeri Sembilan Asalnya didiami oleh penduduk asli melayu-proto sekitar tahun 1450 - 1600 di bawah naungan Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor. Pembentukan Negeri Sembilan berlaku sekitar tahun 1640 apabila orang minangkabau dari Sumatera berhijrah dan menyatukan kawasan yang mereka kuasai.  Pada tahun 1770, selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Ahmad Riayat Shah, berlaku perebutan kuasa antara bugis dan pembesar melayu. Pembesar melayu inginkan sama ada Tengku Abd Kadir atau ,Tengku Buang yang merupakan saudara almarhum Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah. Manakala bugis yang dipimpin oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja memilih Raja Mahmud, yang merupakan adinda sultan johor yang baru mangkat, Sultan Ahmad Riayat Syah. Pergolakan ini menyebabkan masyarakat minangkabau di Negeri Sembilan mencari perlindungan daripada pemerintah Minangkabau, Sultan Abdul Jalil Pagaruyung. Sultan Abdul Jalil Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Melewar menjadi pemerintah Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar menjadi Yang Dipertuan Negeri Sembilan pada 1773 - 1795. 9. Pahang Pahang bermula di bawah wilayah Kerajaan Siam dan kemudiannya di bawah Kerajaan Kesultanan Melaka. Pada tahun 1470, Sultan Melaka ketika itu telah menghantar puteranya, Raja Muhammad untuk menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Shah ibn Sultan Mansur Shah 10. Pulai Pinang Pulau Pinang asalnya merupakan sebahagian daripada wilayah Kerajaan Kedah. Pada tahun 1789, penjajah British telah memohon Pulau Pinang daripada Kerajaan Kedah untuk dijadikan pelabuhan dan seterusnya menjadi salah semuah wilayah jajahan British 11. Melaka Kesultanan Melayu Melaka telah diwartakan bermula pada 1262 diasaskan oleh Parameswara yang merupakan raja terakhir Kerajaan Temasik (kini dikenali sebagai Singapura). Pada tahun 1389, Kerajaan Majapahit telah menyerang Temasek, menyebabkan Parameswara melarikan diri ke Sungai Bertam dan kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka. 12. Sabah Sabah asalnya adalah sebahagian daripada wilayah Kerajaan Brunei pada abad ke-15. Bahagian timur Sabah kemudiannya diserahkan kepada Kesultanan Sulu sebagai hadiah kerana Sultan Sulu telah membantu Kerajaan Brunei menewaskan musuh. Pada tahun 1521, Sabah telah jatuh ke tangan British 13. Sarawak Sarawak telah lama wujud sejak zaman Kerajaan Srivijaya. Selepas kejatuhan Srivjaya, Sarawak bersilihganti di bawah jajahan Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Johor dan kemudiannya menjadi sebahagian dari wilayah Kerajaan Brunei pada abad ke-19 14. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibina pada 1857 bermula di Sungai Gombak dan Klang. Ia bermula sebagai pusat perlombongan bijih timah yang diusahakan oleh Raja Abdullah. Kuala Lumpur menjadi ibu negara kepada Persekutuan Tanah Melayu selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur diberi taraf bandaraya dan pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur dipisahkan daripada Selangor menjadi Wilayah Persekutuan. Berbeza dengan negeri dan wlayah lain, Wilayah Persekutuan tidak ditadbir oleh kerajaan negeri sebaliknya ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Pada 16 April 1984, wilayah Labuan yang asalnya dibawah pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah, telah dimasukkan ke dalam Wilayah Persekutuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya, yang dibina dari kawasan Sepang, dibawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan Fungsi Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia, Labuan sebagai Pusat Perniagaan Dan Kewangan Antarbangsa (IBFC - Internasional Business & Finance Center) dan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbitan Persekutuan  

Salam Maal Hijrah 1443H

Alhamdulillah hari ini kita sudah masuk tahun baru mengikut kalendar Islam. Kenapa umat Islam menyambut Maal Hijrah ? Sambutan Maal Hijrah yang disambut oleh seluruh umat Islam bukan sekadar sambutan tahun baru bahkan mempunyai sejarah yang sangat istimewa. Kalendar Islam dicipta pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Alkhatab. Bulan-bulan Islam seperti muharam, safar, rabiul awal dll sememangnya sudah lama wujud sejak zaman rasulullah, bahkan mungkin wujud sebelum kelahiran rasulullah lagi. Cumanya hanya ada bulan je tapi tiada tahun (tak tahu kenapa). Menurut riwayat, semasa pemerintahan Khalifah Umar Alkhatab, gabenor Iraq ketika itu, Abu Musa al-Ash'ari menulis kepada Umar: "Surat-surat sampai kepada kami dari Amirul Mu'minin, tetapi kami bingung bagaimana menjalankannya. Kami membaca sebuah dokumen tertanggal Sya'ban, namun kami tidak tahu ini untuk tahun yang lalu atau tahun ini." (Syaikh Abdurrahman al Jabarti, 1825)[1]. Maka untuk memudahkan dan melicinkan pentadbirannya, Khalifah Umar mencipta kalender dengan meletakkan tahun[2]. Khalifah Umar memilih tahun peristiwa hijrah rasulullah dan umat Islam sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam Kenapa peristiwa hijrah rasulullah dipilih sebagai tahun pertama kalendar Islam ? Peristiwa penghijrahan rasulullah dan umat Islam dari kota Mekah le kota Madinah merupakan satu sejarah yang amat istimewa kerana ia merupakan satu permulaan dakwah Islam secara besar-besaran. Kehadiran rasulullah dan umat Islam Mekah disambut meriah oleh penduduk Madinah. Nota Kaki ^ https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/sejarah-di-sebalik-awal-muharram-bermulanya-tahun-baru-dalam-kalendar-islam/ ^ https://www.al-habib.info/kalender-islam/sejarah.htm

Suntikan vaksin pertama

Alhamdulillah saya telah menerima suntikan vaksin dos pertama pada hari khamis minggu lepas, 29 Julai 2021. Saya mendapat makluman mengenai tarikh vaksin tersebut sehari sebelum kejadian melalui sistem khidmat pesanan ringkas Merujuk kepada aplikasi MySejahtera, tempat vaksin saya adalah di Persada Johor pada pukul 12.30 tengah hari. OK tiada masalah kerana pada hari tersebut adalah giliran saya hadir ke pejabat dan Pesada Johor tidak jauh dari tempat kerja saya. Rakan sekerja saya, Mizi dan Al juga dapat giliran vaksin pada waktu dan tempat yang sama. Bagus lah, ada geng . Pada hari kejadian, saya pergi ke pejabat seperti biasa. Rupa-rupanya hampir seluruh rakan sepejabat mendapat giliran vaksin pada hari tersebut. OK lagi bagus, Lagi ramai geng. Saya dimaklumkan tak perlu terikat dengan waktu yang tertera asalkan pada hari yang sama. Tapi jangan lah pulak pergi last minit masa PPV dah nak tutup.  Saya pergi bersama Mizi dari pejabat lebih kurang pukul 1 tengah hari. Agak ramai orang di sana tetapi tidak lah berasak kerana Dewan Persada Johor berkapasiti besar. Proses pun tak lama tak sampai 1 jam pun. Alhamdulillah selepas vaksin pertama, saya tidak mengalami sebarang simpton. Cuma lengan yang disuntik rasa lenguh2 je la. Harap2 vaksin kedua nanti pun OK jugak.

Perniagaan Baru

Alhamdulillah saya berjaya daftar SSM perniagaan Faezil Technologies Enterprise dengan no pendaftaran 3292942-H. Sebenarnya dulu saya pernah mendaftar perniagaan dengan nama Faezil Technology Enterprise zaman-zaman ketika saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan Internet. Tapi saya tidak memperbaharuinya kerana saya memulakan perniagaan bersama rakan saya dengan nama lain ketika itu. Pendaftaran dilakukan secara atas talian sepenuhnya melalui laman web ezbiz SSM bermula dengan pendaftaran nama, pembayaran sehinggalah kelulusan memandangkan sepanjang PKP dan PPN kebanyakan urusan dibuat secara atas talian. Di bawah Faezil Technologies Enterprise (FTE) mengandungi 3 bisnes utama 1. FTE Host Menawarkan perkhidmatan melanggan domain dan hosting untuk laman web anda. Saya juga menawarkan perkhidmatan membina laman web termasuk laman web jualan dan e-dagang. 2. FTE Printing Jika anda tercari-cari hadiah dan cenderamata yang unik, maka saya menawarkan perkhidmatan mencetak rekaan anda sendiri di mug, kusyen, beg dan lain-lain. Anda boleh menghadiahkan mug kepada insan tersayang yang mengandungi wajah mereka atau boleh dijadikan hadiah korporat yang mengandungi logo syarikat anda 3. FTE Health & Fitness Menjadi ejen berdaftar produk stevia berjenama Nutrivx

Kekal Manis Tanpa Gula

Kekal manis tanpa gula ? Macam mana tu ? Bukan ke kalau nak manis memang kena letak gula ? Manis dan gula sememangnya sudah sebati dalam hidup kita. Apetah lagi sebagai rakyat Malaysia. Pagi-pagi dah layan teh tarik yang semangnya terkenal dengan kemanisan yang sangat tinggi. Tengah hari pula layan sirap bandung soda, air coke dan bermacam-macam lagi minuman yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Hasilnya, statistik pengidap kencing manis di negara kita menjadi sangat tinggi. Nak elak kencing manis, kena tinggalkan gula. Tapi kalau tinggalkan gula, hilang lah kemanisan. Boleh hidup dengan hanya minum air tawar ? Saya tak sanggup..hehehehe Maka apakah caranya untuk kita meninggalkan gula untuk hidup yang lebih sihat tetapi pada masa yang sama kekal menikmati kemanisan ? Jawapannya..... gunalah stevia sebagai pemanis  Apa itu Stevia ? Stevia merupakan sejenis daun yang mempunyai tahap kemanisan 300-400 kali ganda daripada gula pasir Terdapat banyak pemanis berasaskan stevia di pasaran. Saya sudah menggunakan pelbagai jenama pemanis stevia dan kebanyakannya mempunyai persamaan iaitu mempunyai rasa manis bercampur payau. Percayakah anda kalau saya bagitau wujudnya pemanis stevia semulajadi yang tidak mempunyai rasa payau kerana mempunyai perasa buah-buahan.   Memperkenalkan...     Apa yang menarik tentang Stevia Nutrivx ? Pertama, ia adalah pemanis stevia. Tanpa gula tanpa kalori tetapi tahap kemanisannya 300-400 kali ganda berbanding gula pasir. Hanya 1-2 titis sahaja sudah cukup untuk memaniskan segelas minuman. Tak perlu risau takut kencing manis kerana stevia tidak berbahaya seperti gula pasir Stevia rasa payau ? Nutrivx mempunyai perasa buah-buahan Daun stevia mempunyai rasa kelat dan payau. Dah nama pun daun kan ? Untuk menghilangkan rasa kelat dan payau, Nutrivx dicampur dengan ekstrak buah-buahan. Terdapat 3 perasa Mango Honeydew Mix Berry  Mengandungi multimineral dan vitamin C Nutrivx selamat untuk dijadikan minuman harian untuk kanak-kanak kerana mengandungi multimeniral dan vitamin C untuk memastikan kanak-kanak mendapat zat dan nutrien yang diperlukan. 

Perubahan faezil.com.my

Rasanya macam dah lama tak ubah rekaletak dan rekabentuk laman web saya. Bak kata adik saya, Faris Adli, asal buka je mesti tukar rupa. Biasa la. Asal apat ilmu baru je mesti berubah, kan ? Perubahan kerangka kerja Kali ini sebenarnya bukan sekadar perubahan rekabentuk, bahkan juga saya telah menukar kerangka kerja. Setelah hampir 10 tahun saya menggunakan kerangka kerja CakePHP, kali ini saya berjinak-jinak dengan kerangka kerja yang sedang hangat di pasaran, Laravel. Sebelum ini saya pernah menggunakan sistem pengurusan kandungan seperti Joomla, Wordpress, PHP-Nuke dalam laman web saya. Sebenarnya saya dah lama nak mencuba menggunakan Laravel, tetapi tersangkut hanya mampu pasang je. Gagal ke langkah seterusnya kerana kekurangan ilmu. Terkial-kial lah cari ilmu sendiri tapi tak faham-faham sebab tiada siapa nak ajar. Tetapi alhamdulillah terima kasih kepada Faris Adli yang telah memperkenalkan Kelas Programming anjuran Cikgu Iszuddin Ismail. Terima kasih kepada Cikgu Iszuddin Ismail      Oleh kerana saya sudah mempunyai asas pengaturcaraan PHP dan juga pernah menggunakan kerangka kerja CakePHP sedikit sebanyak membantu saya memahami dan menangkap apa yang diajar oleh Cikgu Iszuddin. Perubahan rekaletak dan gaya persembahan Jika sebelum ini, laman saya lebih berteraskan blog sebagai kandungan utama, tetapi kali ini saya mengetengahkan maklumat mengenai diri saya sebagai subjek utama. Sepertimana yang anda lihat di hadapan laman ini adalah perihal mengenai diri saya. Walau bagaimana pun modul blog tetap lah dikekalkan. Kalau takde modul blog, kat mana lah saya nak luahkan coretkan isi hati ni kan. Nota Kaki Rekaletak - layout Rekabentuk - design Kerangka Kerja - Framework Sistem Pengurusan Kandungan - Content Management System (CMS)